(1)
Kempen tiada beg plastik setiap Sabtu, di Selangpr. Aku tak tahu lah kalo kat negeri lain ada jugak ke kan. Tapi, since aku dok Shah Alam, aku tau dan amik tau lah pasal apa-apa berlaku di sini. Huhu. Bukan lupa negeri sendiri. Ehh.. I scored As for two quizes pasal negeri ku kat FB. Haha. Pohpalehh!! ;)
Xde plastic bag, cam susah jela nak shopping kan? Dah la dia buat setiap Sabtu. Time orang ramai keluar membeli-belah nih la dia wat. Nape tak buat ari bekerja je? Tak ramai orang shopping. Kan? Nak-nak plak kalo pegi Giant, bli groceries. Lagi la susah. Orang-orang Shah Alam nih plak kalo membeli, tak mahu kalah!
Macam mana nak buat kalo barang banyak?
Plastic bag takde. Nak pegang? Kalo tangan banyak macam alien takpe ler. Nih tangan ada 2, jari sepuluh. Ehh tapi kan..betul ke alien ada banyak tangan. Tak tahu lah pulak, sebab tak pernah pun lagi berkenalan dengan alieni. Anything but alien ;p
Huhu. Tapi kempen ini bagus. Dan bertambah bagus bila dibuat setiap Sabtu. Padan muka semua. Haha. Sape nak plastik, kene bayar 20sen. Sape xnak, tapi barang banyak, bawak lerr bag sendiri. Shopping bag dah banyak dijual sekarang nih. Boleh recycle kan? Giant pun ada jual. Warna hijau. Kalau Carrefour ke Tesco ntah, lupalah..lagi best.. shopping bag dorang designed by Rizalman. Haa apa lagi..beli la. Kalo malu nak bawak bag hijau Giant tuh...atau takde kuasa nak membeli designer bag, bawak je plastik dari umah sendiri. Mesti ada banyak kat laci kabinet kat dapur kan? Kan? ;)
Bila lagi weyhh.. tak kan nak tunggu Bumi meletop baru nak start kempen kan? Kalo ikutkan, sekarang pun dah lambat mula kempen ini. tapi oklah dari tak buat langsung.
Saya menyokong kempen ini \(^^)/
(2)
Masa kes bakar gereja tengah panas lagi, aku dah cakap kat kawan aku, yang kerja membakar tempat ibadat orang lain ini, keje bodoh. Kalo tukang bakar itu beagama Islam.. lagi lah menampakkan kedunguannya!
Cuba bayangkan orang bakar masjid dan surau kita?
Sakit hati kan?
Bukan setakat marah, mengamuk sakan punyalah.
Sekarang...tengok?
Kepala babi di campak ke masjid.
Apakah???
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
(3)
Esok perlu berlari. Bukan merentas desa macam hurmm..mm..si dia itu. Haha. Nak berlari sebab dah berisi dah nih. Gemok daa. Sungguh tak suka. Badan berat, jalan lambat. Semua kerja menjadi perlahan.
Itu pasal thesis tak siap-siap lagi.
Hu.Hu.Hu,
ps: Sakit mata tengok kerja banyak. Sakit kepala fikir kerja membukit. Oh Doraemon!!
pps: Nak limau mandarin.